KJ Dedah, Muat Naik Video Berkaitan ‘Perwakilan Import’

KJ Dedah, Muat Naik Video Berkaitan ‘Perwakilan Import’

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mendedahkan video berkrnaan ‘perwakilan import’ yang dimuat naik dalam laman Instagram selepas mendakwa wujudnya ‘Langkah Dewan Merdeka’ untuk memastikan kelulusan usul dua jawatan tertinggi UMNO tidak dipertandingkan.

Memetik sumber Berita Harian, video terbabit menunjukkan sekumpulan individu berbaju Melayu diberi taklimat dalam satu bilik khas di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur.

Beliau turut menulis kapsyen dalam pautan video terbabit: “Perwakilan ‘import’ diberi taklimat sebelum masuk Dewan Merdeka untuk menyokong usul ‘no contest’ (tiada pertandingan).

Khairy mendakwa, ‘tag’ (tanda) pada kerusi dalam Dewan Merdeka yang dikhususkan untuk perwakilan UMNO sudah ditanggalkan ketika ini sebagai usaha membawa masuk ‘perwakilan import’ bagi meluluskan usul tambahan berkenaan.

Sementara itu, Ketua Penerangan UMNO, Isham Jalil mempelawa bekas Khairy hadir ke Dewan Merdeka dan menunjukkan individu yang didakwa sebagai ‘perwakilan import’.

Katanya, ini kerana tuduhan bekas Menteri Kesihatan itu berhubung wujud perwakilan import terbabit tidak benar sama sekali dan berunsur fitnah.

Sehubungan dengan beliau meminta Khairy membuat permohonan secara terbuka kepada semua perwakilan UMNO berikutan tuduhan mereka diimport selain pemeriksa pas masuk serta Skuad Sabil Pemuda kerana memfitnah mereka tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka.