Ella Lancar Kempen Koleksi Raya ‘Kasih Monolog dari Hati’

Ella Lancar Kempen Koleksi Raya ‘Kasih Monolog dari Hati’

0
SHARE
Ella
Poster Koleksi Raya 'Kasih Monolog dari Hati' oleh Ella

KUALA LUMPUR – Ratu Rock negara, Ella bakal melancarkan Koleksi Raya ‘Kasih Monolog dari Hati’ sebagai simbol penghormatan kepada keindahan kemanusiaan dan semangat kebebasan.

Diinspirasi dari lirik lagu Kasih nyanyian Ella
sendiri, koleksi ini menampilkan intisari kasih sayang serta gaya yang mengutamakan keanggunan, kesederhanaan, dan makna mendalam di sebalik keindahan pakaian.

“Koleksi ini merangkumi Abaya Kimono ‘Seri’, Abaya Hoodie ‘Khaela’, dan Baju Melayu Arjuna’, setiap satu dibuat dengan sentuhan personal dari Ella sendiri,” katanya.

Ella menekankan pentingnya untuk mengenang nasib umat Islam di Palestin yang menghadapi cabaran sukar untuk mencapai kebebasan dan kedamaian yang mereka layak miliki.

“Melalui ‘Kasih’, kita diingatkan untuk menghulurkan bantuan dan solidariti kepada
saudara kita di Palestin yang merindukan kebebasan untuk hidup dalam damai.

“Kempen ini bukan hanya tentang fesyen atau perayaan semata-mata, tetapi tentang menghidupkan semangat kemanusiaan dan kesatuan di kalangan kita semua.

“Saya berharap koleksi ini akan menjadi pengingat kepada kita semua tentang tanggungjawab kita sebagai manusia untuk menyokong dan menghormati hak asasi manusia bagi semua individu, tanpa mengira bangsa atau agama.

“Mari bersama-sama kita tunjukkan bahawa kasih sayang itu tidak mengenal
sempadan, dan kita bersama-sama memperjuangkan kebebasan dan keadilan untuk semua.” katanya.

Ella menegaskan bahawa koleksi ‘Kasih’ Rockqueen bukan sekadar sebuah kempen
pemasaran, tetapi juga satu platform untuk menyebarkan kesedaran dan keamanan tentang isu-isu kemanusiaan.