Pengusaha Tanaman Avokado Sambut Baik Usaha Kerajaan Negeri Peruntukkan 8,000 Ekar Tanah

Pengusaha Tanaman Avokado Sambut Baik Usaha Kerajaan Negeri Peruntukkan 8,000 Ekar Tanah

0
SHARE
Jamawi (tengah) bersama isteri (kiri) menunjukan hasil buah Avokadp yang dihasilkan di ladang milik beliau sendiri...

KOTA KINABALU, SABAH – Pengusaha tanaman Avokado di negeri ini menyambut baik usaha Kerajaan Negeri yang memperuntukkan bidang tanah seluas 8,000 ekar di sempadan daerah Tenom dan Sipitang bagi tujuan penanaman buah tersebut secara komersial.

Bekas Wakil Rakyat kawasan Kemabong, Jamawi Jaafar, yang terlibat secara aktif dalam penanaman Avokado berkata, kesungguhan Kerajaan Negeri dengan slongan Sabah Maju Jaya melihat industri pertanian sebagai salah satu sumber ekonomi yang boleh dimajukan bagi meningkatkan taraf sosio-ekonomi negeri dan rakyat.

“Pada tahun 2019 kita masih mengimpot lebih kurang 100 juta buah Avokado dari luar negara, ini menunjukan bekalan buah Avokado kita belum dapat memenuhi keperluan pasaran tempatan,” katanya.

Jamawai mengulas kenyataan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Mohd Noor baru-baru ini berkenaan peruntukkan tanah berkenaan.

Menurut Hajiji usaha tersebut merupakan tindakan kerajaan bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi khususnya dalam bidang pertanian sejajar dengan aspirasi Halatuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor…

Dalam pada itu, Jamawi yang juga bekas Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO berharap syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang diberikan amanah untuk mengusahakan projek tersebut dapat melaksanakan dengan sebaiknya terutaman dalam bidang kepakaran teknologi ,pemilihan baka tanaman dan pengurusan ladang.

Menurut beliau, Persatuan Penanam Durian dan Buah-buahan Tropika negeri Sabah (MASDA) dimana beliau sendiri seorang ahli seumur hidup bersedia menghulurkan bantuan dan kerjasama dengan kerajaan negeri atau GLC yang diamanahkan untuk melaksanakan projek tersebut.

“Persatuan ini mempunyai pengalaman dan tenaga pakar dalam industri yang sedia memberikan bantuan serta kerjasama untuk membangunakan projek ini,” katanya.

Jamawi menambah kerjasama menang-menang ini akan memastikan projek tanaman seluas 8,000 ekar itu akan memanfaatkan kerajaan dan pekebun-pekebun kecil di luar bandar kelak.

Dalam perkembangan yang sama dia juga berharap kerajaan khsusnya Jabatan Pertanian dapat membantu pengusaha-pengusaha kecil penamanan Avokado khususnya di luar bandar dengan memberikan khidmat latihan, bantuan baja dan racun dan dari segi pemasaran.

“Kita yakin industri pertanian khususnya penamaman Avokado mempunyai prospek jangkapanjang untuk menjana ekonomi rakyat khususnya di luar bandar selain mempenuhi permintaannya, harga di pasaran buah avokado juga cukup tinggi,” tambah Jamawi.