KOTA KINABALU, SABAH – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup rokok bebas cukai anggaran RM 15,290 di perairan Pulau Sisipan, semalam.
Kejadian 10.15 malam itu melihat tekong sebuat bot nekad terjun ke laut dan berenang ke arah hutan bakau apabila dihampiri anggota penguat kuasa.
Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Norrimi Hassan berkata bot mencurigakan terbabit dikesan semasa rondaan Op Pluto Timur.
“Pemeriksaan ke atas bot enjin sangkut yang ditinggalkan suspek mendapati tiga bungkusan kotak besar berisi rokok pelbagai jenama dipercayai diseludup dari negara jiran untuk pasaran tempatan…
“Berdasarkan barang yang dirampas, siasatan terperinci bagi menjejak suspek itu yang dipercayai bergiat aktif dalam aktiviti penyeludupan rokok di Semporna.
“Zon Maritim Semporna akan terus memperkasakan rondaan dan penguatkuasaan di sekitar kawasan panas ataupun ‘hot spots’ terutamanya perairan sekitar sempadan negara,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.