Pekerja Kolam Ikan Dikhuatiri Hilang

Pekerja Kolam Ikan Dikhuatiri Hilang

0
SHARE

KENINGAU, SABAH – Usaha pencarian bagi seorang warga emas lelaki yang dikhuatiri hilang di kolam pancing Si Daddy di Bingkor sini ditangguhkan pada hari kedua.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, mangsa, Dailo Jair, 61, yang juga merupakan pekerja kolam ikan berkenaan dilihat ahli keluarga buat kali terakhir pada Jumaat.

“Menurut pengadu iaitu adik mangsa, mangsa sering mengalami kekejangan otot.

“Pekerja lain di kawasan tersebut hanya  menemui baju jaket warna hitam, telefon bimbit Nokia, sebuah ‘power bank’ dan juga gergaji milik mangsa.

“Pengadu berusaha mencari mangsa bersama pengusaha kolam di sekitar kolam namun gagal,” jelasnya.

Menurutnya, dalam usaha mencari yang dimulakan pada 7.15 pagi hari ini, terdapat laporan daripada orang awam yang mangsa telah dilihat berada di kawasan Kampung Bunsit.

“Beliau dilhat membeli beberapa barangan di kedai runcit pada sekitar jam 7 malam hari Ahad. Jarak kolam Si Daddy dengan tempat Kampung Bunsit adalah enam kilometer (KM).

“Setelah berbincang dengan keluarga mangsa dan pihak Polis serta agensi penyelamat lain, Operasi ditangguhkan pada jam 11.18 pagi dan akan disambung sekiranya terdapat petunjuk baru dari masa ke semasa,” lapornya.

Unit K9 dan dron Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah turut diatur gerak dalam usaha pencarian itu.