Bayi Baru Lahir Maut, Dicampak Dari Kondominium

Bayi Baru Lahir Maut, Dicampak Dari Kondominium

0
SHARE
Foto: Ihsan PDRM

KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki baru lahir dilaporkan maut selepas dipercayai dicampak dari tingkat atas sebuah kondominium di Sri Petaling hari ini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihaknya menerima laporan dari orang awam mengenai insiden itu pada jam 2.30 petang.

“Bayi itu dipercayai dicampak atau dibuang dari kedudukan yang tinggi dan mengakibatkan bahagian kepala bayi malang itu pecah.

“Difahamkan bayi itu baru dilahirkan memandangkan masih mempunyai tali pusat.

“Bayi itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Katanya, siasatan lanjut berhubung kejadian itu masih dijalankan.