BAGHDAD – DUA (2) orang lelaki warga Iraq dijatuhi hukuman penjara oleh mahkamah kerana memuat naik video tidak senonoh di media sosial yang mana kandungannya menggugat kesopanan dan moral awam.
Pada Januari, Kementerian Dalam Negeri di negara itu telah membentuk jawatankuasa yang ditugaskan untuk memantau rangkaian sosial untuk kandungan yang bertentangan dengan moral dan tradisi masyarakat Iraq.
Mahkamah salah laku telah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun kepada ‘YouTuber’ Hassan Sajamah, manakala Om Fahad, yang mempunyai pengikut kira-kira 23,000 pengguna TikTok, telah dijatuhi hukuman pejara enam bulan, kata Majlis Kehakiman Tertinggi Iraq dalam satu kenyataan.
Menurut kenyataan itu, kedua-duanya dituduh berkongsi di media sosial beberapa video yang mengandungi ucapan tidak senonoh yang menjejaskan kesopanan dan moral awam. Sumber kehakiman memberitahu AFP, Sajamah dijatuhi hukuman manakala Om Fahad sehari sebelumnya.





