Mayat Remaja 15 Tahun Dipercayai Dibunuh, Dibuang Dalam Semak Kampung Forest

Mayat Remaja 15 Tahun Dipercayai Dibunuh, Dibuang Dalam Semak Kampung Forest

0
SHARE

SANDAKAN, SABAH – Mayat seorang perempuan berusia 15 tahun, dipercayai dibunuh, ditemui dalam semak berhampiran Kampung Forest kira-kira jam 10 pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Abdul Fuad Abdul Malek berkata sepasukan anggota polis yang dikerah dihantar lokasi kawasan setinggan bekenaan menemui mayat remaja perempuan itu dalam kawasan semak dan berlumpur.

“Siasatan awal mendapati mangsa mati dibunuh dan mayatnya dibawa ke bilik mayat Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk dibedah siasat.

“Susulan itu, Jam 12:30 tengah hari, dua jam lebih kemudian polis menahan seorang lelaki warganegara asing berusia 22 tahun berhampiran lokasi kejadian.

“Siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya dalam satu kenyataan media.

Orang ramai mempunyai maklumat berhubung kejadian menghubungi polis bagi membantu siasatan.