Ahli Majlis Daerah Hasilkan Budaya Kelas Kerja Pertama – Masiung

Ahli Majlis Daerah Hasilkan Budaya Kelas Kerja Pertama – Masiung

0
SHARE

TONGOD – Menduduki kerusi Ahli Majlis Daerah bukanlah menjadi satu kebanggaan, tetapi mereka yang dilantik hendaklah mampu menghasilkan budaya kerja kelas pertama, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah.

“Kita tidak mahu melihat barisan Ahli Majlis Daerah kali ini hanya sekadar memanaskan bangku mesyuarat, tapi perlu menjadi perancang utama membangunkan gerak kerja cemerlang,” katanya.

Beliau berucap pada majlis angkat sumpah Ahli-ahli Majlis Daerah Tongod 2023-2025 dan penyerahan tugas Pegawai Daerah baharu di Dewan Majlis Daerah di sini, kelmarin.

Masiung mahukan pristasi cemerlang Majlis Daerah yang lalu dapat dikekal dalam barisan ahli baharu kali ini.

Katanya, walaupun Majlis Daerah Tongod baru diwujudkan pada 2018 tetapi sehingga kini organasasi itu telah berjaya mengumpulkan dana melebihi RM3 juta.

Seramai 18 orang pemimpin masyarakat pelbagai latar belakang telah dilantik menduduki kerusi Majlis Daerah Tongod untuk tempoh dua tahun berakhir April 2025.