Kakak Cuba Selamatkan Adik, Kedua-Dua Dikhuatiri Lemas

Kakak Cuba Selamatkan Adik, Kedua-Dua Dikhuatiri Lemas

0
SHARE
Bomba
Pasukan bomba memulakan operasi mencari dan menyelamat di lokasi ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

KENINGAU, SABAH – Dua adik beradik perempuan dihuatiri lemas ketika bermain di tebing Sungai Pegalan berhampiran Kampung Linkudou sini, kira-kira pukul lima petang, semalam.

Menurut Ketua Balai (BBP) Keningau PKPgB Sharudy Delamin, saksi kejadian berkata melihat kakak mangsa cuba terjun menyelamatkan adiknya yang tergelincir masuk ke dalam air.

Mereka dikenal pasti sebagai Arlina Jabar, 9, dan Azila Jabar, 12.

Sepasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada 12 anggota diketuai Sharudy giat melaksanakan operasi.

“Pasukan bomba bersama anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menggunakan kaedah pencarian atas permukaan air.

“Maklumat akan dikemaskini dari semasa ke semasa,” kata seorang jurucakap bagi agensi.