25 KIR Mangsa Kebakaran Terima Sumbangan

25 KIR Mangsa Kebakaran Terima Sumbangan

0
SHARE
Arifin
Arifin (tengah) bersama dengan wakil dari PBNS dan MUIS masing-masing menyumbangkan wang tunai kepada mangsa-mangsa kebakaran ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Seramai 25 Ketua Isi Keluarga (KIR) mangsa kebakaran menerima sumbangan wang dan bakul makanan.

Sumbangan daripada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) dan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) itu disampaikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif di Masjid Al-Kauthar Tanjung Aru, pada Rabu.

Penerima sumbangan merupakan mangsa yang terlibat dalam dua insiden kebakaran berasingan di Kampung Tanjung Aru Baru dan Kampung Tanjung Aru Lama membabitkan sembilan buah rumah pada 23 dan 29 November lalu. — JABATAN PENERANGAN SABAH