Tabung Biasiswa TYT Sabah Akan Ditubuhkan

Tabung Biasiswa TYT Sabah Akan Ditubuhkan

0
SHARE
Juhar
Tun Juhar (tiga dari kanan) menerima cenderahati daripada Maha (tiga dari kiri) - ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Kumpulan Cyberjaya Education Group Berhad berhasrat menubuhkan Tabung Biasiswa Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Pengarah Urusan kumpulan itu, Maha Ramanathan Palan berkata tabung tersebut akan memberi manfaat kepada 100 pelajar Sabah dengan nilai RM2.5 juta untuk meneruskan pengajian di Cyberjaya College Kota Kinabalu dan seterusnya ke University of Cyberjaya di Cyberjaya.

Beliau yang ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Tun Juhar di Istana Seri Kinabalu semalam memaklumkan, kelayakan tabung biasiswa berkenaan akan mengutamakan pelajar cemerlang daripada kategori B40. — JABATAN PENERANGAN SABAH