SAGA X : Kota Kinabalu Juara Ujian Masa Berpasukan

SAGA X : Kota Kinabalu Juara Ujian Masa Berpasukan

0
SHARE

PENAMPANG, SABAH – Kontinjen Kota Kinabalu muncul juara bagi Kategori Ujian Masa Berpasukan acara berbasikal yang berlangsung semalam.

Pasukan yang dianggotai oleh Adib Asyraf Mohd Tahir, Muhamad Shukrie Rodia, Nuriel Chua, Mohd Khairy Irfan Pg Mohd Sharif, Muhammad Norman Sabri dan Airil Danish Mohd Asineh tiba di garisan penamat dengan catatan masa 1:04:39.

Tempat kedua dimenangi oleh pasukan dari daerah Tawau dengan catatan masa 1:09:04, manakala tempat ketiga dimenangi oleh pasukan dari daerah Beaufort catatan masa 1:11:30.

Bagi acara individu pula, Mohd Zahir Zahari, mewakili daerah Tawau dengan catatan masa 0:42:43 dinobatkan sebagai juara, manakala kategori individu wanita dimenangi oleh Nurwahidah Ozri dari Kota Marudu mencatat masa 0:25:19.

Sementara itu, Muhamad Shukrie Rodia dari Kota Kinabalu, Muhammad Alfadz Fiqri Abdul Bayan (Penampang), Drevionna Magdelynna Davin (Ranau) dan Jacquelyn Jimmy dari daerah Nabawan masing-masing mendapat tempat kedua dan ketiga.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah, Mohd Asneh Mohd Noor dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Charles Jimis.

Acara berbasikal bermula semalam menyaksikan 10 pasukan berentap dalam acara ujian masa berpasukan dan acara ujian masa perseorangan wanita dan lelaki yang diadakan di Kampung Maang, Penampang.

Manakala acara pecut, ujian masa, individual downhill, cross country olympics bakal diadakan pada Isnin dan seterusnya acara cross country eliminator sebagai penutup tirai Khamis ini. — JABATAN PENERANGAN SABAH