Istiadat Pembukaan Penggal Kelima DUN Sabah Khamis Ini

Istiadat Pembukaan Penggal Kelima DUN Sabah Khamis Ini

0
SHARE
Dun
Barisan Kehormat daripada Batalion 16, Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kota Kinabalu mengambil tempat pada sesi raptai Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Keenam Belas di Dataran DUN ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Keenam Belas akan berlangsung pada Khamis ini.

Setiausaha DUN Sabah, Rafidah Maqbool Rahman berkata istiadat tersebut akan disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin, manakala Mesyuarat Pertama Penggal kelima DUN Sabah Keenam Belas akan bermula pada 22 hingga 25 April.

“Setakat ini, segala persiapan dari aspek logistik dan sambutan untuk Istiadat Pembukaan DUN Sabah Keenam Belas berjalan secara teratur dengan lancar.

“Hari ini (semalam) kita telah selesai melaksanakan raptai penuh yang melibatkan raptai bagi Pemeriksaan Barisan Kehormat daripada Batalion 16, Pasukan Gerakan Am (PGA) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kota Kinabalu dengan kekuatan anggota seramai 102 orang.

“Turut menyertai raptai pada pagi ini adalah 55 anggota daripada Cawangan Pancaragam PDRM Kontinjen Sabah.

“Secara keseluruhan, setakat apa yang berlangsung pada raptai penuh pagi ini sebanyak 90 peratus persiapan telah berjalan dengan lancar dan kita berharap bakinya akan dipenuhi pada petang ini dan esok.

“Diramalkan juga cuaca pada hari kejadian boleh mencecah 40 darjah celcius, jadi kita mengharapkan kepada semua petugas agar dapat bersedia dan menjaga kesihatan masing-masing serta minum air secukupnya bagi mengelakkan dari serangan strok haba,” katanya ketika ditemui media pada sesi raptai penuh Istiadat Pembukaan DUN Sabah Keenam Belas di Bagunan DUN Sabah pada Selasa.

Hadri sama, Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Al Hambra Tun Juhar dan Datuk Richard Yong Ke Wong. — JABATAN PENERANGAN SABAH