PENAMPANG, SABAH – Seorang lelaki berusia 56 tahun maut apabila motosikal ditunggangnya merempuh sebuah Perodua Myvi di simpang berhampiran SMK Putatan pada petang Isnin.
Ketua Polis Daerah Penampang Superintenden Sammy Newton berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kes pada jam 2.38 petang.
Katanya, hasil siatasn mendapati Myvi berkenaan menuju ke Kampung Contoh Putatan dan dilanggar mangsa yang keluar dari simpang.
“Akibat pelanggaran, mangsa disahkan meninggal di tempat kejadian oleh pegawai perubatan…
“Mangsa dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat manakala pemandu kereta tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam sebuah kenyataan.
Sammy berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.






