Lelaki Tunjukkan, Pegang Alat Sulit Ke Arah Wanita Di Menggatal Diburu Polis

Lelaki Tunjukkan, Pegang Alat Sulit Ke Arah Wanita Di Menggatal Diburu Polis

0
SHARE
Ipd
Wajah mangsa yang sempat dirakam kamera litar tertutup CCTV di premis kedai aksesori telefon Plaza Menggatal berkenaan

KOTA KINABALU, SABAH – Pihak polis kini sedang menjejaki seorang individu lelaki yang telah mengeluarkan dan memegang alat sulitnya dikhayalak seorang wanita di sebuah premis gajet di Plaza Menggatal Rabu lalu.

Menurut Ketua Polis Kota Kinabalu, ACP Kasim Muda, si pelaku dalam lingkungan umur 20an membuat kelakuan tidak senonoh itu sambil bertelefon.

“Pengadu tidak pernah melihat suspek sebelum ini dan suspek bukanlah pelanggan tetap di kedai tersebut.

“Hasil semakan rakaman CCTV di tempat kejadian mendapati seorang lelaki berbaju putih dengan zip seluarnya terbuka memegang kemaluan dan berlegar di kawasan belakang kedai tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kasim berkata kes sedang disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan.

“Orang ramai yang mengenali suspek dikehendaki menghubungi balai polis yang berdekatan atau menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Audrea Johnson di talian 019-5209 0380,” katanya.

Terdahulu, mangsa wanita berusia 21 tahun telah mengongsikan pengalaman ngeri dilaluinya di Facebook.

Memetik akhbar Daily Express, mangsa menasihati para wanita agar berani mempertahankan diri dan maruah jika didepani situasi sedemikian.