CAFEO42 Berlangsung di Sabah Mulai 22 Oktober Ini

CAFEO42 Berlangsung di Sabah Mulai 22 Oktober Ini

0
SHARE
Juhar
Suasana ketika kunjungan hormat sempena Majlis Penyampaian Anugerah Penaung Kehormat AFEO sedang berlangsung ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Persidangan Persekutuan Pertubuhan Kejuruteraan ASEAN Ke-42 (CAFEO42) akan berlangsung tiga hari di Sabah mulai 22 Oktober ini.

Pengerusi Penganjur CAFEO42, Datuk Ir. Willy Chin Tet Fu berkata, dijangkakan lebih daripada 1,000 peserta dari 10 negara ASEAN akan hadir ke persidangan tersebut di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

“Selain persidangan, juga terdapat kira-kira 60 booth pameran akan dibuka kepada orang ramai.

Untuk pameran ini, orang ramai boleh bawa keluarga terutama anak-anak yang berminat dengan kejuruteraan untuk kita kongsi suasana dan pengalaman supaya mereka boleh dapat pendedahan awal.

“Dalam persidangan ini, kita akan bekerjasama berkongsi pengalaman tentang bagaimana untuk improve bidang kejuruteraan dalam semua 10 negara yang mengambil bahagian,” ujarnya ketika ditemui media selepas Majlis Penyampaian Anugerah Penaung Kehormat ASEAN Federal of Engineering Organisations (AFEO) di Istana Seri Kinabalu, pada Isnin.

Menurut Willy, buat julung kalinya Sabah dipilih sebagai lokasi persidangan berkenaan.

“Pada tahun ini, Malaysia merupakan tuan rumah bagi persidangan ini dan Sabah menjadi lokasi pilihan kerana ada kemudahan dan sumber yang mencukupi.

“Kita bertuah kerana bukan sahaja dipilih sebagai lokasi persidangan yang berprestij ini tetapi peserta-peserta yang datang pasti akan membawa keluarga untuk melancong di sini sekali gus akan beri economic return kepada Sabah,” tambahnya.

Hadir sama, Pengerusi Persekutuan Pertubuhan Kejuruteraan ASEAN (AFEO), Ir. Prof. Dr. Jeffrey Chiang Choong Luin dan Pengerusi Institut Kejuruteraan Malaysia (IEM) Sabah, Ir. Ts. Mohd Yaakob Jaafar. — JABATAN PENERANGAN SABAH