Warga Pakistan Ambil Hutang Sambil Meraba

Warga Pakistan Ambil Hutang Sambil Meraba

0
SHARE

JERTIH – Seorang lelaki warga Pakistan ditahan polis selepas meraba seorang suri rumah berusia 29 tahun di Kampung Tok Has, di sini, Isnin lalu.

Menurut laporan BH Online, Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi dipetik berkata bahawa lelaki berusia 35 tahun itu ditahan kira-kira jam 3.35 petang hari sama.

Beliau berkata, dalam kejadian jam 11 pagi itu mangsa yang berada di rumahnya didatangi suspek untuk mengutip hutang.

“Mangsa kemudian membayar wang kepada suspek sebanyak sejumlah RM20. 

“Namun, tiba-tiba suspek masuk ke bahagian dapur rumah mangsa dan bertindak memeluknya,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Zamri berkata, lelaki itu didakwa turut meraba bahagian punggung mangsa.

“Mangsa berjaya melepaskan diri dan keluar daripada rumah. 

“Sebaik lelaki itu keluar daripada rumah berkenaan, mangsa masuk semula ke dalam rumah dan mengunci pintu,” katanya.

Beliau berkata, suspek ditahan direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.