Projek Tebatan Banjir Kampung Likas Lama Ditangguh

Projek Tebatan Banjir Kampung Likas Lama Ditangguh

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kerajaan Negeri Sabah telah memutuskan untuk menangguhkan projek pengerukan sungai untuk tebatan banjir di Kampung Likas Lama.

Ini selepas kebimbangan perpindahan penduduk dipanaskan oleh pihak pembangkang, khususnya Datuk Azhar Matussin daripada Parti Warisan.

Difahamkan, 67 rumah telah menerima notis perobohan pada Isnin.

“Projek ini telah dibincangkan dalam mesyuarat kabinet dan keputusan sebulat suara telah dibuat untuk menangguhkannya.

“Penduduk diminta untuk tidak bimbang kerana kerajaan mendengar suara rakyat. Tetapi pada masa sama, isu ini penting dan perlu diselesaikan secepat mungkin,” kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan.

Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan…

Projek tersebut bertujuan mendalamkan dasar Sungai Likas bagi mengurangkan tekanan pada sistem saliran utama di Kota Kinabalu, Kolombong, Penampang, dan Luyang.