Dua Lelaki Ditahan, 30,000ml Air Ketum Dirampas di Putatan

Dua Lelaki Ditahan, 30,000ml Air Ketum Dirampas di Putatan

0
SHARE

PENAMPANG: Polis berjaya menahan dua lelaki tempatan berusia 22 dan 40 tahun serta merampas 30,000 mililiter air ketum dan serbuk hijau dipercayai ketum seberat lebih 3kg dalam satu serbuan di sebuah bengkel kereta di Putatan pada 12 Jun.

Menurut Ketua Polis Daerah Penampang, Supt. Sammy Newton, kedua-dua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing mendapati mereka negatif dadah.

“Kedua-dua suspek telah direman dan kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, yang memperuntukkan hukuman denda hingga RM10,000 atau penjara sehingga empat tahun, atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Beliau turut menyeru orang ramai agar menyalurkan maklumat berkaitan jenayah dadah kepada pihak polis.