Bung Moktar Bela Diri Kes Rasuah Felcra Isnin Ini

Bung Moktar Bela Diri Kes Rasuah Felcra Isnin Ini

0
SHARE

KUALA LUMPUR: Ketua Umno Sabah merangkap Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dijangka memberi keterangan di Mahkamah Sesyen pada Isnin dalam perbicaraan rasuah Felcra bernilai RM150 juta.

Peguamnya, M Athimulan mengesahkan pihak pembelaan akan memulakan kes di hadapan Hakim Rosli Ahmad, dengan prosiding turut dijadualkan bersambung Selasa dan Rabu.

Bung dan isterinya, pelakon Zizie Izette Abdul Samad, diperintah membela diri selepas Mahkamah Rayuan tahun lalu mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang sebelum ini membebaskan mereka. 

Usaha pasangan itu mencabar keputusan tersebut gagal tiga bulan lalu.

Bung ketika itu pengerusi bukan eksekutif Felcra, dituduh menerima rasuah berjumlah RM2.8 juta pada 2015 bagi meluluskan pelaburan Felcra dalam unit amanah Public Mutual.

Zizie pula berdepan tiga pertuduhan bersubahat.