KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan berita baik hari ini dengan melanjutkan tempoh tawaran pengurangan kadar kompaun saman 80 peratus (80%) sehingga Rabu (15 Dis)
Khabar gembira itu dimaklumkan oleh pihak JPJ melalui media sosial rasmi mereka hari ini (11 Dis) sempena program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.
“Orang ramai turut digalakkan membuat pembayaran tanpa tunai (cashless)…
“Pembayaran saman boleh dibuat di semua Pejabat JPJ Negeri, Cawangan JPJ dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) JPJ,” kata kenyataan tersebut.

Terdahulu pada Selasa, JPJ telah menawarkan diskaun saman sehingga 80 peratus (80%) sempena program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.
JPJ memaklumkan, pengurangan kadar kompaun diberikan kepada semua saman bagi kesalahan disenaraikan di dalam Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan (Pengkompaunan Kesalahan) 2003.
Bagaimanapun, kes dalam perbicaraan dan berstatus waran tangkap serta kes yang masih dalam tindakan senarai hitam, tidak layak mendapat pengurangan tersebut.