Tiga Lelaki Tempatan Rugi Lebih RM1,000 Angkara Sindiket Ugutan Video Lucah

Tiga Lelaki Tempatan Rugi Lebih RM1,000 Angkara Sindiket Ugutan Video Lucah

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – TIGA (3) lelaki antara 19 hingga 23 tahun di sini mengalami kerugian lebih RM 1,000 kepada sindiket ugutan video lucah Indonesia.

Kes pertama dilaporkan pada 18 Disember lalu apabila seorang mangsa terpedaya dengan pengguna akaun Facebook yang mendakwa dirinya sebagai ‘Dendrra’.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata, persahabatan secara maya itu berlanjutan kepada pertukaran gambar bogel bagi ‘memancing’ mangsa.

“Kegiatan ini dipercayai dilakukan sindiket dari negara Indonesia yang dikesan aktif menggunakan media sosial,” katanya dalam sebuah kenyataan semalam.

Mohd Zaidi memberitahu kes kedua dilaporkan berlaku EMPAT (4) hari seterusnya kali ini dengan melalui aplikasi MiChat.

Katanya, suspek kemudian membuat panggilan video melalui aplikasi WhatsApp menggunakan talian sebelum berlaku sesi berbogel antara mereka.

Beliau berkata kes ketiga berlaku pada hari yang sama apabila mangsa berkenalan dengan seorang menerusi laman Facebook atas penama ‘Fanesa Aprilia’.

“Suspek kemudiannya mengajak mangsa untuk melakukan onani dan mangsa yang terpedaya tidak menyedari dirinya dirakam…

“Sindiket itu kemudian akan meminta mangsa untuk membuat pemindahan wang jika tidak mahu rakaman mereka disebarkan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menasihati orang ramai untuk berwaspada terhadap taktik sindiket yang digunakan untuk memperdayakan mangsa.