SPRM Cadang Siaran Langsung Perbicaraan Rasuah, Pasang CCTV di Lokap

SPRM Cadang Siaran Langsung Perbicaraan Rasuah, Pasang CCTV di Lokap

0
SHARE
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Tan Sri Azam Baki...

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencadangkan supaya prosiding mahkamah melibatkan kes rasuah berprofil tinggi disiarkan secara langsung bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap sistem kehakiman.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menjelaskan, cadangan itu timbul kerana terdapat pihak yang menggunakan media sosial untuk memesongkan fakta perbicaraan sehingga mencetuskan tuduhan tidak berasas.

“Antara inisiatif yang dilihat sesuai ialah penstriman langsung perbicaraan kes rasuah, agar orang ramai dapat menilai sendiri perjalanan prosiding secara telus.

“Langkah ini juga mencerminkan keterbukaan kerajaan,” katanya pada sesi khas bersama media pada Khamis.

Dalam masa sama, SPRM turut mengesyorkan semua lokap agensi penguat kuasa dipasang kamera litar tertutup (CCTV) baharu dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk meningkatkan pemantauan dan mengelak salah laku.

Azam berkata, perkara ini penting berikutan masih terdapat aduan melibatkan rasuah, ketidakpatuhan serta kelemahan pengawasan di lokap yang menggunakan sistem CCTV lama.

“Banyak kamera lama tidak disambungkan ke pusat kawalan dan hanya beroperasi secara berasingan.

“Jadi, sistem baharu yang dilengkapi teknologi AI amat diperlukan bagi memperkukuh akauntabiliti serta pemantauan di lokap,” jelasnya.