Bung Kata Tidak Tahu Zizie Terima RM2.8 Juta

Bung Kata Tidak Tahu Zizie Terima RM2.8 Juta

0
SHARE

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan beliau benar-benar tidak mengetahui isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, menerima wang pengenalan RM2.8 juta berkaitan pelaburan FELCRA dalam unit amanah Public Mutual.

“Memang saya tidak tahu dan terkejut dengan peristiwa itu,” katanya memetik Harian Metro ketika sesi pemeriksaan balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How di Mahkamah Sesyen pada Rabu.

Bung menolak cadangan bahawa beliau berpura-pura baru mengetahui perkara tersebut semasa disiasat SPRM.

Beliau turut menegaskan tidak membuat laporan tambahan kerana kes itu sudah dalam siasatan pihak berkuasa.

Beliau juga mengakui isterinya aktif berniaga dan membuat pelaburan sejak 2010 tetapi menegaskan Zizie jarang berkongsi urusan kewangan dengannya.

“Untung tidak kongsi, rugi pun dia tak beritahu,” katanya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Rosli Ahmad bersambung pada Khamis.