Jahid Cadang Mesyuarat Pemantauan Projek KPLB Dua Bulan Sekali

Jahid Cadang Mesyuarat Pemantauan Projek KPLB Dua Bulan Sekali

0
SHARE

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Jahid Jahim mencadangkan agar Pengurusan Tertinggi KPLB mengadakan mesyuarat pemantauan projek di semua daerah sekurang-kurangnya sekali setiap dua bulan.

Beliau berkata langkah itu penting untuk memastikan setiap projek dipantau teliti, masalah dikenal pasti awal, penyelesaian segera dilaksanakan, dan projek siap mengikut jadual serta memberi manfaat kepada rakyat.

“Keberkesanan projek tidak diukur hanya pada jumlah peruntukan, tetapi pada impak yang diterima rakyat. 

“Pemantauan berkala akan memastikan projek benar-benar memberi kesejahteraan,” katanya pada Persidangan Pegawai-Pegawai Daerah Negeri Sabah ke-28 di sini hari ini.

“Setakat Ogos 2025, KPLB telah membelanjakan RM281.2 juta daripada RM326 juta peruntukan pembangunan, bersamaan 86.28 peratus.

“Kebanyakan projek kini berada dalam proses pembayaran kepada bendahari,” tambahnya.

Beliau turut menegaskan bahawa kerjasama rapat antara pegawai daerah dan pihak kementerian amat penting bagi memastikan pelaksanaan projek berjalan lancar, seiring dengan matlamat kerajaan negeri untuk merealisasikan agenda Sabah Maju Jaya.