GRS Buktikan Kerja Sebenar: Sabah Tuntut Data 19 Kali Demi Hak 40...

GRS Buktikan Kerja Sebenar: Sabah Tuntut Data 19 Kali Demi Hak 40 Peratus

0
SHARE

RANAU: Datuk Seri Masidi Manjun menegaskan bahawa Kerajaan Negeri Sabah telah memohon data hasil Persekutuan sebanyak 19 kali sebagai asas tuntutan hak 40 peratus di bawah MA63, bukti kesungguhan GRS memperjuangkan hak negeri melalui saluran rasmi dan berkesan.

Dalam sesi bersama anak muda di Kg. Tudan, beliau berkata tanpa data tepat, Sabah tidak dapat mengira jumlah sebenar yang sepatutnya diterima.

Masidi menegaskan GRS memilih kaedah rundingan profesional berbanding politik jeritan yang hanya mencari sorakan.

“Inilah beza antara kerja dan bising. Kita mahu duit itu sampai kepada rakyat, bukan tepukan,” katanya.

Beliau mendedahkan ada agensi Persekutuan lewat menyerahkan data atau memberikan angka tidak lengkap, memaksa pegawai negeri membuat kiraan sendiri.

Namun katanya, GRS kekal memilih kerjasama dengan Putrajaya kerana ia satu-satunya jalan yang menghasilkan keputusan sebenar.

Masidi turut menyindir pemimpin yang menggunakan bahasa kasar dan politik permusuhan, mengingatkan bahawa pemimpin sebegitu tidak membawa keharmonian atau pembangunan.

Beliau menegaskan bahawa hasil perjuangan GRS akan diterjemah kepada manfaat rakyat seperti bantuan warga emas, skim deposit rumah 10 peratus untuk pembeli pertama dan pengajian percuma di institusi milik kerajaan negeri menjelang 2027.

Masidi mengingatkan rakyat agar tidak kembali kepada parti yang sarat kontroversi dan kegagalan lampau, sambil menekankan kelebihan GRS sebagai kerajaan stabil dan bersatu.

“Persoalannya mudah: siapa yang boleh membawa pulang hak Sabah? GRS sudah buktikan kemampuan itu,” katanya.