Perintah Berkurung Di Seluruh Britain Dijangka Berakhir 2 Disember Ini

Perintah Berkurung Di Seluruh Britain Dijangka Berakhir 2 Disember Ini

0
SHARE

LONDON – Perintah berkurung di seluruh Britain dijangka berakhir pada 2 Disember ini.

Menurut kenyataan pejabat Perdana Menteri, perkara itu akan diumumkan secara rasmi oleh Boris Johnson, esok.

Susulan pengumuman itu, hanya sekatan rentas daerah dikuatkuasa sebagai sebahagian daripada Pelan Musim Sejuk COVID kerajaan.

Menurut kenyataan yang dipetik AFP, perintah berkurung yang dilaksanakan di seluruh England ketika ini berjaya mengawal penularan wabak itu dan mengurangkan tekanan dihadapi Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS).

Bagaimanapun, kerajaan memberi peringatan bahawa tanpa sekatan rentas daerah, penularan virus itu akan kembali meningkat, sebelum rancangan mengagihkan vaksin dan ujian besar-besaran dapat dilaksanakan.

“Ini akan menyebabkan segala usaha yang dilakukan ketika ini menjadi sia-sia dan memberi risiko tekanan kepada NHS.”

Perintah berkurung selama empat (4) minggu di seluruh negara, dilaksanakan awal bulan ini, memaksa orang ramai tinggal di kediaman masing-masing manakala perniagaan ditutup ekoran gelombang kedua pandemik COVID-19.

Britain setakat ini mencatatkan lebih 54,000 kematian daripada 1.4 juta kes COVID-19.