COVID-19: KES BAHARU SEMAKIN NAIK DENGAN TERTINGGI SETAKAT INI SEBANYAK 7,289 KES

COVID-19: KES BAHARU SEMAKIN NAIK DENGAN TERTINGGI SETAKAT INI SEBANYAK 7,289 KES

0
SHARE

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini melaporkan kes baharu positif harian semakin naik dengan 7,289 KES telah dicatatkan yang mana adalah TERTINGGI setakat ini yang pernah dilaporkan sejak pandemik COVID-19 melanda negara, demikian menerusi laporan situasi semasa jangkitan penyakit COVID-19 di Malaysia di Facebook rasmi KKM.

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 525,889 KES.

Daripada laporan KKM hari ini, SELANGOR menyumbangkan angka kes baharu COVID-19 tertinggi hari ini di Malaysia iaitu 2,642 KES dan diikuti JOHOR BAHRU sebanyak 664 KES dan KUALA LUMPUR sebanyak 604 KES.

Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;

Perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia yang mana SELANGOR mencatat kes tertinggi hari ini (25 Mei 2021) sebanyak 2,642 KES daripada keseluruhan 7,289 KES harian hari ini…(Sumber Foto: MyHealth, KKM)