TPM II Tiba Untuk Lawatan Kerja Dua Hari

TPM II Tiba Untuk Lawatan Kerja Dua Hari

0
SHARE
Fadillah
Madius (kanan) turut menyambut ketibaan Fadillah yang menaiki pesawat rasmi kerajaan ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof mengadakan lawatan kerja rasmi dua hari ke Sabah tiba di ibu negeri jam 9.40 pagi tadi.

Ketibaan beliau di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) disambut oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Kadzim M. Yahya, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Safar Untong dan Pengerusi Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.

Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam hari ini, dijadual menghadiri Sesi Taklimat Status Pelaksanaan Projek Persekutuan di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah sebelum mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu, Teluk Likas petang ini.

Mengiringi lawatan kerja beliau adalah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick. — JABATAN PENERANGAN SABAH