Wanita Patah Kaki, Proton Saga Terbabas Langgar Pokok di Tawau

Wanita Patah Kaki, Proton Saga Terbabas Langgar Pokok di Tawau

0
SHARE

TAWAU: Seorang wanita berusia 30 tahun mengalami patah kaki selepas kenderaan jenis Proton Saga yang dinaikinya terbabas sendiri sebelum melanggar sebatang pokok dalam kejadian di Jalan Kampung Tanjung Batu Laut awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.24 pagi itu, seorang lagi mangsa iaitu kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun hanya mengalami kecederaan ringan.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau yang tiba di lokasi pada jam 4.33 pagi telah memberikan rawatan awal kepada mangsa sebelum kedua-duanya dihantar ke Hospital Tawau untuk rawatan lanjut.

Operasi yang diketuai PBK I Jehrey bin Ibno itu melibatkan lapan anggota bersama sebuah jentera FRT dan EMRS, serta dibantu pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 4.49 pagi selepas keadaan di lokasi disahkan selamat dan terkawal.