Israel Rancang Kuasai Selatan Lubnan, Hezbollah Janji Tentang

Israel Rancang Kuasai Selatan Lubnan, Hezbollah Janji Tentang

0
SHARE

ISRAEL: Israel menyatakan hasrat untuk menguasai selatan Lubnan hingga ke Sungai Litani sebagai zon penampan keselamatan, menurut Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz.

Tentera Israel dijangka mengawal jambatan dan kawasan strategik, sambil memusnahkan infrastruktur yang didakwa digunakan Hezbollah.

Manakala, Hezbollah menegaskan akan menentang sebarang pencerobohan dan menyifatkannya sebagai ancaman besar kepada negara.

Pemimpin mereka memberi amaran bahawa pendudukan wilayah itu pasti akan dibalas.

Serangan Israel sejak pertengahan Mac telah memusnahkan beberapa jambatan dan rumah berhampiran sempadan, walaupun tindakan terhadap infrastruktur awam dikritik di bawah undang-undang antarabangsa.

Israel pula mendakwa operasi itu menyasarkan kubu Hezbollah.

Menteri kewangan Israel, Bezalel Smotrich, turut mencadangkan agar wilayah selatan Lubnan sehingga Litani dianeksasi sebagai sempadan baharu Israel.

Konflik berterusan telah menyebabkan kemusnahan besar, lebih 1,000 terbunuh dan lebih sejuta penduduk Lubnan hilang tempat tinggal.

Usaha diplomatik masih tidak menentu walaupun Amerika Syarikat memberi bayangan kemungkinan perjanjian dengan Iran bagi menamatkan konflik.