Christa, Remaja 17 Tahun Hilang di Kota Marudu

Christa, Remaja 17 Tahun Hilang di Kota Marudu

0
SHARE

KOTA MARUDU: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun, Christa Natalia Majaron dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah tanpa memaklumkan keluarga sejak 27 Mac lalu di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Simun Lomudin berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan remaja terbabit pada 28 Mac 2026 kira-kira jam 8.23 malam.

Menurutnya, mangsa yang berbangsa Dusun itu mempunyai ciri fizikal berbadan kurus, berkulit cerah, bermata sepet serta berambut panjang berwarna hitam dan berasal dari pekan Tandek.

Siasatan awal mendapati penama telah keluar dari rumah pada 27 Mac 2026 kira-kira jam 7.25 malam tanpa memaklumkan ahli keluarga dan sehingga kini masih belum pulang,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Beliau berkata, usaha mencari telah dilakukan oleh pihak keluarga namun mangsa masih belum ditemui setakat ini.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi SJN Stephen Wan di talian 019-4695081 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Marudu di talian 088-662449, atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Kes diklasifikasikan sebagai orang hilang dan siasatan lanjut sedang dijalankan.