Permai Poliklinik Terima Anugerah Asia, Umum Pembukaan Cawangan Baharu

Permai Poliklinik Terima Anugerah Asia, Umum Pembukaan Cawangan Baharu

0
SHARE

KOTA KINABALU: Permai Polyclinics Group (PPG) menerima pengiktirafan Asia Best Choice Award 2026 dalam satu majlis di Jakarta pada 17 April lalu, sekali gus mengiktiraf sumbangan syarikat itu dalam sektor penjagaan kesihatan.

Pengasas dan Pengerusinya, Datuk Dr. James Jeremiah, berkata anugerah itu mencerminkan perjalanan panjang syarikat dalam memberi perkhidmatan kepada masyarakat.

“Pengiktirafan ini bukan destinasi, tetapi refleksi perjalanan yang telah kita lalui bersama… kami percaya bahawa ‘we live to serve’ dan ia akan terus membimbing hala tuju kami,” katanya.

PPG yang kini antara rangkaian penjagaan kesihatan utama di Malaysia dijangka membuka cawangan ke-42 di Kota Kinabalu Industrial Park (KKIP) bulan depan, sebagai usaha memperluas akses kepada perkhidmatan kesihatan berkualiti dan mampu milik.

Anugerah berkenaan diberikan berdasarkan penilaian terhadap impak kepimpinan, sumbangan industri dan pengaruh kepada masyarakat.