KOTA KINABALU: Timbalan Presiden USNO, Datuk Ibrahim Linggam berkata keputusan Tan Sri Pandikar Amin untuk membawa USNO keluar daripada Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dibuat secara tergesa-gesa dan tidak mengambil kira pandangan menyeluruh ahli parti.
Beliau menjelaskan dakwaan bahawa keputusan itu dibuat secara sebulat suara adalah tidak benar, kerana hanya 18 daripada 37 Ahli Majlis Eksekutif Tertinggi (AMET) hadir dalam mesyuarat pada 22 April 2026.
Menurutnya, ramai yang tidak hadir tidak menyokong keputusan tersebut, malah masih menyokong GRS dan kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
“Keputusan tersebut bukanlah keputusan sebulat suara seperti didakwa,” katanya sambil menegaskan bahawa demokrasi dalam parti perlu dihormati dan semua pandangan pimpinan harus diambil kira sebelum sebarang keputusan besar dibuat.
Beliau turut menyatakan bahawa hubungan USNO dengan GRS masih baik di peringkat pusat dan akar umbi, dan perbezaan pendapat se






