KUALA LUMPUR: Kumpulan pop rock Klangit kembali dengan single baharu “Kau Bersama Dia”, sebuah lagu yang mengangkat tema kehilangan, penerimaan dan keikhlasan dalam mencintai apabila insan tersayang memilih orang lain.
Dengan lirik yang jujur dan mudah difahami, lagu ini membawa naratif emosi tentang kekuatan untuk melepaskan, menekankan bahawa tidak semua cinta ditakdirkan untuk dimiliki.
Susunan muzik berlapis dengan elemen melankolik turut memperkuatkan penceritaan.
Lagu ini menampilkan gabungan vokal Ary Klangit dan penyanyi jemputan Dina Rijeu, yang memberi dimensi emosi lebih mendalam melalui perspektif lelaki dan wanita.
“Kau Bersama Dia” diinspirasikan daripada pengalaman sebenar ahli kumpulan serta kisah sekeliling mereka, menjadikannya lebih dekat dengan pendengar.
Muzik video rasmi dihasilkan secara sederhana tetapi sarat emosi, memberi fokus kepada ekspresi dan jalan cerita realistik.
Lagu ini boleh distrim di semua platform digital bermula 1 Mei 2026, manakala muzik video dilancarkan di YouTube Nova Music Videos pada 30 April 2026.
Klangit berharap lagu ini menjadi teman kepada mereka yang melalui fasa kehilangan, selain merancang untuk terus aktif menghasilkan karya baharu dan memperluas capaian muzik mereka.






