UPPSB Ambil Alih Tapak SBAUP, Pembinaan Projek Air Ulu Padas Bermula

UPPSB Ambil Alih Tapak SBAUP, Pembinaan Projek Air Ulu Padas Bermula

0
SHARE

KOTA KINABALU: Upper Padas Power Sdn Bhd (UPPSB) secara rasmi mengambil alih tapak Projek Skim Bekalan Air Ulu Padas (SBAUP), menandakan bermulanya kerja pembinaan projek strategik itu.

Penyerahan tapak oleh Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) berlangsung di Lok Kawi pada 12 Mei lalu, disaksikan Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam serta beberapa pemimpin lain.

Projek SBAUP bertujuan memenuhi permintaan bekalan air terawat di pantai barat Sabah meliputi Kota Kinabalu, Beaufort, Sipitang dan Kuala Penyu, dengan kapasiti sehingga 950 juta liter sehari.

Fasa pertama dijangka siap menjelang 2029, melibatkan pembinaan loji rawatan air 350 MLD di Beaufort serta lebih 200 kilometer saluran paip dari Sipitang ke Kota Kinabalu.

Projek selama 42 bulan itu dijangka meningkatkan kestabilan bekalan air dan mengurangkan gangguan, selaras dengan usaha kerajaan negeri di bawah pelan Sabah Maju Jaya (SMJ).