KOTA BELUD: Dua beradik dilaporkan lemas di Sungai Melangkap berhampiran Melangkap Baru pagi tadi.
Seorang mangsa, Zul Hakim Abdullah, 23, ditemui meninggal dunia kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian, manakala adiknya, Daniel Abdullah, 18, masih belum ditemui.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima panggilan kecemasan pada jam 9.26 pagi sebelum tiba di lokasi kira-kira 35 minit kemudian dan mengesahkan kejadian melibatkan dua mangsa.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan di sepanjang pesisir sungai menggunakan kaedah pencarian permukaan air, dengan usaha mengesan mangsa kedua masih diteruskan dalam radius satu kilometer dari lokasi kejadian.






