Jejambat Terpanjang Di Sarawak Mula Dibuka

Jejambat Terpanjang Di Sarawak Mula Dibuka

0
SHARE

KUCHING, SARAWAK – Jejambat Nyabau di Bintulu mula dibuka tengah malam tadi buat warga Sarawak di mana jejambat berkenaan mencipta sejarah apabila menjadi jejambat terpanjang di negeri Sarawak.

Jejambat sepanjang 1.2 km itu merupakan antara Pakej Kontrak Kerja 10 Projek Lebuh raya Pan Borneo (LPB).

Menurut Unit Lebuhraya Pan Borneo, Jabatan Kerja Raya Sarawak, jejambat terpanjang di Sarawak itu dibuka dari laluan utama menuju ke arah Miri.

Jelasnya, ia bermula dari arah lampu isyarat Bintulu ke Miri, dan laluan utama menuju ke arah Sibu, bermula dari lampu isyarat Bintulu ke Sibu.

“Jejambat Nyabau merupakan salah satu jejambat (interchange/flyover) yang terdapat di bawah jajaran seksyen Nyabau iaitu salah satu daripada tiga jajaran seksyen di bawah WPC10 selain daripada jajaran seksyen Niah dan Bakun,” katanya menerusi satu kenyataan.

VIDEO keadaan Jejambat Nyabau di Bintulu yang menjadikan jejambat terpanjang di Sarawak…(Sumber Video: JKR Sarawak)

Sementara itu, pengguna jalan raya diingatkan supaya berhati-hati apabila menggunakan jejambat itu demi keselamatan semua pihak.

Ini katanya termasuk mematuhi had kelajuan maksimum 60 kilometer sejam, tidak melepak atau berhenti di atas jejambat dan tidak melakukan vandalisme.

Mereka juga tidak dibenarkan berlumba serta berjalan atau berjoging  di atas jejambat berkenaan.

Untuk rekod, jejantas terpanjang di dunia ialah Bang Na Expressway di Bangkok, Thailand sepanjang 55 km.