Penerbangan AirAsia Ke Sandakan Berpatah Balik Ke KLIA, Alami Masalah Teknikal

Penerbangan AirAsia Ke Sandakan Berpatah Balik Ke KLIA, Alami Masalah Teknikal

0
SHARE

KUALA LUMPUR: Sebuah penerbangan AirAsia ke Sandakan terpaksa berpatah balik ke KLIA sejurus berlepas pada Ahad selepas mengalami masalah teknikal.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan pesawat AK5192 membuat permohonan untuk kembali sebelum mendarat dengan selamat.

Data Flightradar24 menunjukkan pesawat Airbus A320 itu berlepas pada 6.24 pagi dan berpatah balik kira-kira 12 minit kemudian, sebelum berlegar di Selat Melaka dan mendarat pada 7.17 pagi.

Sementara itu, dakwaan di media sosial oleh penumpang menyebut enjin kanan mengeluarkan api, mencetuskan panik, namun pesawat berjaya mendarat dengan selamat dengan kehadiran pasukan kecemasan.