Masidi Terima Kunjungan Glavkosmos, Sabah Teroka Potensi Industri Aeroangkasa

Masidi Terima Kunjungan Glavkosmos, Sabah Teroka Potensi Industri Aeroangkasa

0
SHARE

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun menerima kunjungan hormat delegasi syarikat aeroangkasa Rusia, Glavkosmos, yang diketuai Ketua Pengarahnya, Anton Semin bersama timbalannya, Vitaly Safonov di sini, pada Rabu.

Masidi yang juga Menteri Kewangan Sabah diberi taklimat berhubung potensi peluang pelaburan serta pembangunan industri aeroangkasa di negeri ini, termasuk prospek kerjasama strategik yang mampu membuka ruang pertumbuhan ekonomi baharu kepada Sabah.

Pertemuan itu turut membincangkan potensi Sabah sebagai hab pembangunan berkaitan teknologi dan industri aeroangkasa selaras dengan usaha kerajaan negeri memperluaskan sektor pelaburan berimpak tinggi.

Turut hadir, Pengarah Qhazanah Sabah Berhad, Datuk Anifah Aman, Pengerusi Jawala Resources, Majid Khan serta tetamu kehormat lain.