86 PATI Ditahan di Kota Kinabalu, Orang Ramai Diminta Terus Salurkan Maklumat

86 PATI Ditahan di Kota Kinabalu, Orang Ramai Diminta Terus Salurkan Maklumat

0
SHARE

KOTA KINABALU: Seramai 86 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah di beberapa lokasi sekitar daerah ini.

Operasi hasil aduan awam itu melibatkan 24 pegawai penguat kuasa yang memeriksa 125 individu, sebelum menahan 86 daripadanya terdiri daripada warganegara Filipina dan Indonesia.

Kesemua yang ditahan dipercayai tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas sah, dan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

JIM Sabah menegaskan akan terus mengambil tindakan tegas terhadap PATI termasuk pihak yang melindungi atau menggaji mereka, selain menggesa orang ramai menyalurkan maklumat berkaitan kehadiran warga asing tanpa izin.