PM UMUM PARLIMEN BUBAR, BERI LALUAN KEPADA PRU-15

PM UMUM PARLIMEN BUBAR, BERI LALUAN KEPADA PRU-15

0
SHARE
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob umum pembubaran Parlimen menerusi perutusan khas yang disiarkan secara langsung menerusi siaran televisyen dan media dalam talian pada jam 3 petang hari ini (10 Okt 2022)...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Parlimen dibubarkan berkuat kuasa hari ini selepas diperkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pengumuman itu dibuat menerusi perutusan khas yang disiarkan secara langsung menerusi siaran televisyen dan media dalam talian pada jam 3 petang hari ini.

“Selaras dengan Perkara 40(2)(b) dan Perkara 55(2) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong telah bertindak menurut budi bicara baginda dengan memperkenankan permintaan saya supaya Parlimen ke-14 dibubarkan pada hari ini, Isnin 10 Oktober 2022,” katanya.

Pengumuman berkenaan menjawab segala teka-teki serta sejak beberapa minggu lalu mengenai pembubaran Parlimen iaitu selepas Ismail Sabri menghadap Seri Paduka di Istana Negara pada Khamis lalu.

Kredit Foto: Facebook rasmi Istana Negara…