PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan jumlah pesakit yang sembuh hari ini ialah sebanyak 5,320 KES, demikian menerusi laporan situasi semasa jangkitan penyakit COVID-19 di Malaysisa di Facebook rasmi KKM.
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 235,082 KES (85.52%).
Namun,KKM tetap melaporkan kes baharu COVID-19 hari ini masih lagi di paras membimbangkan iaitu sebanyak 2,712 KES.
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 274,875 KES. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 38,763 KES.
DARIPADA 2,712 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, sebanyak empat (4) Kes import, manakala 2,708 KES lagi MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…

Menurut KKM juga, sebanyak 227 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 103 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada laporan KKM hari ini, SELANGOR masih menyumbangkan angka kes baharu COVID-19 tertinggi hari ini di Malaysia iaitu 1,013 KES dan diikuti JOHOR sebanyak 426 KES dan KUALA LUMPUR sebanyak 212 KES.
KKM dukacita memaklumkan terdapat 25 KES kematian direkodkan hari ini (merupakan tertinggi setakat ini) dan menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah sebanyak 1,030 KES (0.38%).
Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;
