Patah Kaki Tergelincir Berkebun, Pasukan Penyelamat Jalan Kaki Lima Kilometer

Patah Kaki Tergelincir Berkebun, Pasukan Penyelamat Jalan Kaki Lima Kilometer

0
SHARE
Bomba
Penduduk kampung Mangin membantu anggota Bomba mengangkat mangsa ke jalan raya utama ( Sumber Foto: Ihsan JBPM Sabah )

KOTA MARUDU, SABAH – Seorang lelaki di Kampung Mangin, sini, patah kaki apabila tergelincir semasa membuat kerja-kerja di kebunnya petang tadi.

Mangsa kejadian kira-kira 4.30 petang itu dikenali sebagai Ronnex Jupinis, 32.

Sepasukan empat anggota bomba daerah menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda melaporkan mengalami kesukaran ke lokasi kerana laluan yang sempit.

Susulan itu, pasukan tesebut bersama penduduk setempat terpaksa berjalan kaki sejauh lima kilometer (KM) untuk sampai ke lokasi mangsa.

“Setelah sampai di lokasi, mangsa diberikan rawatan awal dan seterusnya mangsa di bawa keluar dengan menggunakan peralatan khas menyelamat.

“Pasukan bomba menyerahkan mangsa kepada pihak ambulans untuk dibawa ke hospital bagi tindakan selanjutnya,” kata seorang jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah sambil menambah operasi ditamatkan pada jam 6.40 petang.