Tiga Rumah Kampung Seberang Menumbok Musnah Terbakar

Tiga Rumah Kampung Seberang Menumbok Musnah Terbakar

0
SHARE

KUALA PENYU, SABAH – Sederet tiga rumah di Kampung Seberang Menumbok terbakar 100 peratus kira-kira jam 11 pagi Jumaat.

Walau bagaimanapun, dua lagi rumah yang berhampiran sempat diselamatkan dengan hanya mengalami kerosakan 10 peratus.

Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba, kesemua rumah terlibat merupakan jenis kelas B yang berkeluasan 22×33 kaki hingga 60 x30 kaki.

Seramai lapan anggota pasukan Bomba daerah bergegas ke lokasi berjarak 43Km dari balai.

:Kebakaran dapat dikawal pada jam 12.02 tengah hari dan setelah kerja-kerja ‘overhaul’ selesai dijalankan, semua anggota memastikan tidak ada lagi keberbahayaan.

“Operasi ditamatkan pada jam 5.41 petang,” kata seorang jurucakap agensi.

Tiada mangsa dilaporkan yang terlibat.