KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatnya dari Australia, Anthony Albanese menyatakan komitmen untuk mengeratkan hubungan dua hala di bawah Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP).
Anwar menyatakan beliau menerima panggilan telefon daripada Anthony dan ia merupakan kali pertama pemimpin dua negara terbabit berkomunikasi.
“Kami juga bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama, termasuk dalam bidang perdagangan dan pelaburan, pendidikan, pertahanan serta hubungan sesama rakyat,” katanya dalam satu pautan yang dimuat naik dalam laman media sosial rasmi Facebook.
Dalam pada itu, Anwar juga turut berkata Malaysia dan Australia meningkatkan hubungan dua hala melalui kerjasama CSP.
Menurutnya, Australia adalah rakan dagangan ke-13 terbesar Malaysia pada tahun 2021 dengan nilai dagangan berjumlah AS$13.76 bilion (RM62.28 bilion)





