JAPEN Anjur Pertandingan Seni Kreatif Semai Semangat Patriotisme

JAPEN Anjur Pertandingan Seni Kreatif Semai Semangat Patriotisme

0
SHARE
Supian Musa semasa sesi temubual...

KOTA KINABALU, SABAH – Pelbagai pertandingan seni kreatif dianjurkan Jabatan Penerangan (JaPen) bagi menyemai semangat patriotisme Keluarga Malaysia.

Timbalan Pengarah Japen Supian Musa berkata pertandingan kenegaraan tersebut membolehkan rakyat menzahirkan rasa cintakan negara melalui aktiviti disukai.

“Pertandingan yang dianjurkan ialah Pertandingan Fotografi Klik@Merdeka, Pertandingan Bintang Patriotik Smule, Pertandingan Mewarna dan Melukis MYDOODLE@Merdeka, Pertandingan Pengisahan Kenegaraan, Pertandingan ILHAM Merdeka Tik Tok Challenge dan Sayembara Merdeka.

“Semangat patriotisme dapat dimanifestasikan dengan pelbagai cara antaranya seni lukis, nyanyian, lakonan, deklamasi sajak dan fotografi.

“Maklumat lanjut boleh diperolehi di portal merdeka360.my ” ujarnya semasa sesi temubual bersama Radio Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) SABAHfm, pada Isnin.

Di peringkat kebangsaan, Japen Sabah bekerjasama dengan MASwings bagi Pertandingan Jalur Gemilang@Instagram bertemakan ‘Jalur Gemilang di Bawah Bayu!’.

Tambah beliau, MASWings menawarkan hadiah tiket penerbangan domestik Sabah dan Sarawak kepada pemenang pertandingan.

Maklumat berkaitan boleh diperolehi dengan melayari Instagram @japensabah atau hubungi Jabatan Penerangan Sabah.

Turut Hadir, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Korporat JaPen Sabah, Peter Tong.