Syor Semua DUN Dibubarkan Sertai PRU-15 Kecuali Empat Negeri

Syor Semua DUN Dibubarkan Sertai PRU-15 Kecuali Empat Negeri

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Semua ketua kerajaan negeri disyorkan mengambil tindakan sewajarnya untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri masing-masing agar dapat menyertai Pilihan Raya Umum (PRU) -15 yang bakal berlangsung kelak.

Walau bagaimanapun bagi negeri Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor dikecualikan daripada syor terbabit.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia disyorkan untuk dilakukan walaupun kerajaan di beberapa negeri di Malaysia telah menyatakan pendirian untuk tidak membubarkan DUN masing-masing.

“Ia wajar dilaksanakan serentak bagi memastikan rakyat tidak terbeban selain kelancaran proses demokrasi serta menjimatkan kos,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Perutusan Khas yang disiarkan secara langsung pada hari ini.

Dalam perkembangan lain, empat negeri iaitu Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor telah mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) di negeri masing-masing sebelum ini.

Sementara itu, kerajaan negeri Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Kelantan dan Terengganu menyatakan pendirian untuk tidak membubarkan DUN sehingga tahun hadapan.