KUALA PENYU, SABAH – Lima finalis akan berentap di Pentas Akhir The Patriotic Rising Star sempena Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) Daerah Kuala Penyu, hari ini.
Mereka terdiri daripada Jafri Manan, Mohammed Zakwan Izzuddin Mohammad Azmin, Nor Nuha Hassan, Faizal Sulaiman dan Yamat Morie berjaya melayakkan diri dari sepuluh peserta yang bertanding dalam pertandingan tersebut.
Pertandingan separuh akhir diadakan malam tadi dan dihadiri Penolong Pegawai Daerah Kuala Penyu, Awang Jasni Awang Sabli di Dewan Kampung Linsuk dan Ketua Konvoi KMJG 2024 Negeri Sabah, Jainisah Mohd Noor. — JABATAN PENERANGAN SABAH